Thursday, October 15, 2009

GURU BOSAN.BERHARAP KESATUAN JUMPA PM ATAU TPM SOAL GAJI

Saya agak bosan dengan perkembangan yang berlaku sekarang. Isu terbaru ialah bantuan kewangan khas RM500 kepada kumpulan sokongan dan dibayar 2 kali RM250/RM250. Difahamkan bantuan kewangan khas tersebut diberikan atas dasar kerajaan untuk membantu penjawat awam daripada kumpulan sokongan yg mana berpendapatan rendah. Kumpulan sokongan tu siapa? Betulkah semua kumpulan sokongan berpendapatan rendah? Siapa kata semua kumpulan sokongan berpendapatan rendah?? Tolonglah buktikan. Pada pendapat saya, mungkin lebih sesuai jika bantuan kewangan khas tersebut diberi kepada kumpulan sokongan yang berpendapatan rendah yang bergaji pokok RM1000 ke bawah contohnya. Barulah lebih sesuai dengan tujuan bantuan kewangan tersebut.

Saya juga setuju dengan saudara RED. Sebab itu saya pernah katakan tempoh hari bahawa guru-guru termasuklah guru DG29/41 sekarang seperti terabai. Sebenarnya kita yang berada dalam KPM seperti kurang mendapat pembelaan kerana Menteri Pelajaran kita melakukan dua tugas. Diakui bahawa beliau seorang menteri yang berwibawa. Walau bagaimanapun, kini beliau sangat fokus pada kerja TPM dan kurang fokus pada KPM.

Memandangkan pihak JPA menolak sebarang permintaan/rundingan mengenai masalah guru-guru DG29/41, nampaknya saluran biasa KPPK sudah tidak dapat membantu. Jadi KPPK perlu guna cara yang lain pula iaitu adakan pertemuan dengan TPM atau PM dan utarakan masalah guru DG29/41 ini. Kita dengar apakah respon beliau. Jangan lupa, dedahkan apa jua masalah yang dihadapi oleh guru GD29/41 dan berikan statistik dalam bentuk jadual dan sebagainya.

Saya juga bersetuju dengan saudara Azahari Mansor. Bagaimana jika gaji Pengarah JPA lebih rendah daripada gaji penolong pengarah JPA? Bagaimana jika gaji Pengetua lebih rendah daripada gaji Naib Pengetua? Bagaimana jika gaji PTD gred 41 lebih besar daripada gaji PTD gred 44? Bagaimana jika gaji PM lebih rendah daripada gaji TPM? Tentunya sesuatu yang boleh dijadikan bahan ketawa.

Jadi, saya memohon pihak KPPK segeralah mengadakan pertemuan terus dengan TPM atau PM untuk menyuarakan masalah ini.

1 comment:

  1. Menjadi keperluan mustahak guru dg29/41 ada kesatuan sendiri. Fitrah manusia bila kenyang akan mengantuk.

    ReplyDelete