Thursday, October 15, 2009

GURU BERHARAP KESATUAN DAPAT MEMBANTU SELESAIKAN MASAALAH

Harap perbincangan dapat hasil yang menggembirakan.Pada masa kini, guru siswazah yang ditempatkan di sekolah rendah mengalami banyak kerugian dan ketidakadilan.
a) kehilangan senioriti
b) terlepas peluang dga32
c) terlepas peluang kenaikan pangkat walaupun berpuluh-puluh tahun berkhidmat di dga29.Sepatutnya perkara kenaikan pangkat harus memberi keutamaan kepada guru dg2941. Ini adalah disebabkan kami mempunyai pengalaman yang banyak dan mempunyai ijazah yang diserukan oleh kerajaan.
4) kenaikan gaji tahunan lebih rendah jika dibandingkan dengan gaji dga32. Memang tak logik kenaikan gaji tahunan guru siswazah lebih rendah jika dibandingkan dgn guru tidak bersiswazah.harap pn su dapat memperjuangkan untuk semua guru dg41.
5)kehilangan wang bantuan RM500.
6) terpaksa menerima seksaan drpd GB dgn ugutan markah prestasi utk naik ke dg44. Pernah kawan saya mendengar seorang GB yang menyatakan : Jangan ingat kamu guru dg41 akan naik ke dg44, jika saya memberi prestasi yang rendah, mampuslah kamu!jangan harap akan naik ke dg44!

1 comment:

  1. Semalam dalam persidangan UMNO dinyatakan kerajaan prihatin dan amat peka terhadap permasalahan rakyat.Bagi golongan 2941 inilah permasalahan utama yang perlu diberi perhatian dan tidak patut dikesampingkan.Bayangkan golongan inilah yang menyahut cabaran kerajaan untuk meningkatkan tahap ilmu,malangnya dalam memberikan imbuhan golongan ini diketepikan dan sampai sekarang pihak berkenaan enggan mendengar keluhan dan kekecewaan yang dialami.Golongan masih setia dengan kerajaan dan masih dedikasi dengan tugas tetapi sebagai manusia biasa jika kekecewaan ini berterusan saya yakin golongan ini akan berpaling kepada pembangkang atau lebih teruk lagi 'burn out' dalam tugas mereka.Tolonglah golongan ini

    ReplyDelete