Thursday, October 15, 2009

GURU DISERU BERSATU

Kepada semua rakan-rakan guru dg41,saya berpendapat sudah tiba masanya kita bertindak dengan lebih agresif.Selama ini kita menggunakan cara yang berhemah dalam mengutarakan beberapa isu kepada nutp.Namun,hasilnya amat mendukacitakan.Saya pun dah letih nak menaip menghantar komen ke blog nutp ini dan air liur pun dah banyak yang terbuang apabila saban hari bercakap dengan guru-guru dg41 yang lain di sekolah membincangkan ketidakpuashatian dan malangnya nasib yang menimpa kita.Saya berpendapat dan dengan tegasnya menyatakan di sini bahawa nutp bukanlah lagi saluran yang dapat memperjuangkan masalah guru-guru dg41 lagi kecuali perjuangan itu hanyalah untuk guru-guru bukan siswazah sahaja.


Oleh itu,saya menyeru kepada semua rakan-rakan guru dg41,marilah kita beramai-ramai menulis dan menyampaikan ketidakadilan yang menimpa kita terutama dalam isu GAJI,PERJAWATAN DAN PENGIKTIRAFAN MASTER/PHD.Biar satu Malaysia tahu penindasan yang dilakukan kepada kita.Biar Menteri Pelajaran tahu.Dan biar juga Perdana Menteri tahu.Kita mesti berani kerana kita sudah lama kehilangan HAK yang sepatutnya kita perolehi.Hidup guru-guru dg41!!!!

No comments:

Post a Comment