Friday, October 16, 2009

KESATUAN DICADANG BERUSAHA UNTUK MEMBANTU GURU

Seperti yang saya sudah faham selepas PM mengumumkan 6 intensif buat guru, memang tiada kenaikan gaji buat kami guru DGA29/41 tetapi time based sahaja.

Nasib kami DGA29/41 tetap tidak terbela. Gaji pokok kami terus ketinggalan. Tahun 2009, guru DGA32 yang baru berijazah dan sudah ditemuduga untuk mengisi jawatan DG41 akan bergaji RM2809.30 akan dilantik ke DG41 akan mendapat 1 gaji terdekat dalam gaji DG41 iaitu menjadi RM2871.70 dan mendapat 1 HKG menjadi gaji terbaru ialah RM2962.15. Gaji pokok kami DGA29/41 hanya RM2509.90 bagi yang sama tempoh berkhidmat iaitu 15 tahun yang asalnya kami dari DGA29/DG6.

Tahun 2011, baru cukup 10 tahun saya berkhidmat iaitu 7 tahun DG41 sekarang ditambah 3 tahun dulu (9tahun DGA29) baru layak memohon DG44 tapi tiada jaminan untuk saya akan mendapat segera jawatan Gred DG44 sedangkan dan memandangkan masih lagi terdapat berpuluh ibu orang guru DG41 yang sudah cukup dan melebihi tempoh 10 tahun berkhidmat yang sudah lama reput menunggu pun, masih belum mendapat lagi lantikan DG44.

Tahun 2011, gaji pokok saya DGA29/41baru mencecah RM2690.80 tetapi DGA32/41 sudah mencecah RM3143.05. Perbezaannya ialah RM452.25. Tahun berikutnya kadar kenaikan gaji tahunan guru DGA32/41 ialah RM150 sebab sudah melebihi RM3143.05 tetapi saya masih lagi dengan RM90 kerana belum mencapai RM3143.05. Kami memerlukan 5 tahun lagi untuk mencapai RM3143.05. Sedangkan dalam masa 5 tahun itu gaji pokok DG32/41 sudah RM3894.45. Perbezaan di sini pula ialah RM751.40.

Seandainya kami murah rezeki dan mendapat segera jawatan DG44 pada tahun 2012, gaji pokok kami yang baru ialah P1T1/DG44 ialah RM2982.99 tetapi guru DG32/41 sudah RM3293.33. Perbezaannya ialah RM3293.33 - RM2982.99 = RM310.34. Kesimpulannya sampai mati pun kami tak dapat menyamai malah terus ketinggalan gaji yang ketara di belakang guru DG32/41. Pada hal kami sama-sama posting dan sama lama tempoh berkhidmat.

Untuk makluman tuan, insentif tempoh perkhidmatan DGA29 dulu diambil kira juga untuk time based buat guru DGA32/41 dan bukan untuk kami sahaja. Ini bermaksud tidak ada apa-apa yang istimewa tentang kami DGA29/41walaupun gaji pokok kami ketinggalan di belakang gaji pokok mereka.

Untuk makluman tuan juga, guru DGA32 yang akan dilantik ke DG41sekarang, Guru Cemerlang yang dipendekkan time based dari 7 kepada 5 tahun untuk kenaikan pangkat/gred ke peringkat ke seterusnya dan Guru Besar DG41 di sekolah rendah yang perlu 3 tahun dan bukannya 10 tahun lagi macam kami DGA29/41 untuk bakal mendapat DG44 langsung tidak mempedulikan isu ini tetapi tiba-tiba sahaja mendapat 'HADIAH' lagi tapi saya dan guru-guru DGA29/41 yang memerah otak dan berhempas pulas memperjuangkan nasib kami, rupa-rupanya kami hanya dapat penat sahaja malah dapat memberi keuntungan kepada guru lain yang sudah mencurah-curah rezeki.

Jika pihak NUTP ragu atau tidak percaya pada datadi atas, kena rajin-rajinkanlah diri menyemak dan mengkaji JADUAL GAJI BARU UNTUK SEMUA GRED GURU yang NUTP bekalkan kepada saya.

2 comments:

  1. Teruskan perjuangan!

    ReplyDelete
  2. Terus perjuangan jgn menyepi.....

    ReplyDelete