Sunday, October 18, 2009

PERJUANGAN NUTP YANG BELUM SELESAI UNTUK GURU DG29/41

Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas perjuangan NUTP selama ini. Banyak kejayaan yang telah pun dicapai dan tentunya semua warga NUTP turut berbangga dan bersyukur dengannya. Segala titik peluh dan pengorbanan kalian sangat kami hargai.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perjuangan NUTP yang masih belum selesai kerana tidak mendapat layanan yang sewajarnya daripada pihak JPA. Antaranya yang paling mendapat perhatian ialah:
i) Kerugian Guru DG29/41 dan DG29/32/41
ii) Pengiktirafan Guru Master dan PhD

Jika pihak NUTP merasakan dua tuntutan yang dinyatakan di atas adalah sukar diselesaikan atau diperjuangkan, maklumkanlah kepada kami dengan membalas respon yang dikemukakan oleh ahli. Maklum balas pihak NUTP amat berguna untuk kami membuat tindakan dengan menggunakan saluran yang lain pula.

Kami percaya NUTP telah melakukan yang terbaik untuk ahli-ahlinya. Cuma mungkin ada masalah pada pihak yang lain. Sat Oct 17, 02:58:00 AM 20

1 comment:

  1. Ya teruskanlah usaha-usaha itu sebab 2011 aku dah nak pencen

    ReplyDelete